TUN M TIDAK SEPENTAS DENGAN WAN AZIZAH DAN NURUL IZZAH???

Home » » TUN M TIDAK SEPENTAS DENGAN WAN AZIZAH DAN NURUL IZZAH???
SEMUT HITAM
TUN M TIDAK SEPENTAS DENGAN WAN AZIZAH DAN NURUL IZZAH???
Heh! Herankan? Kenapa pulak dua beranak dari Parti Keluarga Rosak ni memilih untuk tidak memberikan ucapan sepentas dengan Tun Dr. Mahathir dalam perhimpunan yang dianjurkan semalam?

Sebaliknya, dari laporan yang disebarkan semalam, dua beranak tu memilih untuk berdiri dipentas yang berbeza dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia tu walaupun mereka hadir dalam program yang sama.

Jika sebelum ini, ketidak-hadiran Wan Azizah sewaktu sesi menanda-tangani deklarasi juga mencetuskan tanda tanya dikalangan penyokong Parti Keluarga Rosak tu secara terang - terangan.

Bahkan tuntutan yang dibuat oleh Wan Azizah secara terbuka selepas deklarasi itu ditandatangani juga turut menjadi bahan persoalan dan pertikaian dikalangan pemimpin PKR tu sendiri.

Bagi Wan Azizah, 'Reformasi' yang dituntut oleh Pakatan Haprak tu bukan sahaja mahu menukar Perdana Menteri. Tetapi keseluruhan pentadbiran Barisan Nasional yang memerintah sekarang.
Malah, Wan Azizah juga turut menyatakan bahawa agenda 'Pembebasan Anwar' adalah perjuangan dasar yang dipertahankan oleh Pakatan Haprak dan ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Ianya jelas bertentangan dengan kehendak dan kemahuan Tun Mahathir yang tetap bertegas hanya sekadar mahu Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib berundur dari jawatan tersebut.

Penentangan diantara mereka juga jelas kelihatan apabila kelibat Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak dilihat sewaktu dua program yang dianjurkan oleh puak Pakatan Haprak tu baru - baru ini.


Maka, adalah satu persoalan yang wajar diajukan apabila kelibat Wan Azizah dan anak sulung kepada Si Ketua Penipu itu dilihat tidak sepentas dengan Tun Mahathir dalam perhimpunan semalam.

Dari satu sudut, nampak sangat macam dua beranak tu benar - benar JIJIK dengan Tun Mahathir yang tetap enggan memperjuangkan 'Pembebasan' Si Ketua Penipu tu sampai nak berdiri satu pentas dengan Mantan Perdana Menteri tu pun diorang tak nak!!!
.
Share this article :