[PANAS] MB Terengganu sedang hitung hari, Ahmad Said menghadap Sultan
Home »
» [PANAS] MB Terengganu sedang hitung hari, Ahmad Said menghadap Sultan
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[PANAS] MB Terengganu sedang hitung hari, Ahmad Said menghadap Sultan
Ahmad berkata, beliau menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja tuanku pulang dari luar negara untuk meminta (perkenan) pertukaran menteri besar.
“Jangan sampai tuanku isytihar bubar Dun, (kalau terjadi macam itu) habis lah. Keadaan sekarang Umno kritikal, kalau (dilakukan) pilihan raya habislah (Umno berisiko kalah), jangan main-main.
“Jangan salahkan saya, saya telah beri ruang yang cukup, saya sayangkan Terengganu...apa yang dia (Ahmad Razif) buat semua saya tahu. Tunggu masa saya akan dedahkan, saya akan dedahkan perkara yang besar-besar yang pada saya ia merugikan kerajaan negeri dan rakyat,” katanya menyentuh mengenai sebab beliau menggesa pertukaran menteri besar.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Kemaman Kali Ke-36, di Resorts World Kijal, di sini, semalam.
Bekas menteri besar itu mendakwa, Ahmad Razif juga merupakan salah seorang dalang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sebagai menteri besar sebelum ini.
“Saya ‘gentleman’, saya buat depan orang ramai (cadang usul undi tidak percaya)...marah dalam dewan, yang dia buat (pada) saya? Saya tak nak cerita lagi tapi saya cerita sikit, dia (beliau) yang terlibat menjatuhkan saya.
“Tapi ingat, Insya-ALLAH dengan kehendak ALLAH SWT, saya rasa menteri besar sekarang sedang menghitung hari. Apa yang jadi halangan sekarang kepada saya adalah Umno, kalau saya tak fikir Umno, hari itu (masa letak jawatan sebagai menteri besar) saya dah keluar kerajaan. Sebab itu (sayangkan Umno) saya (masih) tunggu,” katanya.
Menurutnya, kerana sayangkan parti, beliau tidak menghadap sultan untuk meminta pembubaran Dun dilakukan sebelum meletak jawatan sebagai menteri besar, dua tahun lalu.
“Kalau saya jahat tak sayangkan parti, dalam kedudukan 17 kerusi BN dan 15 pembangkang (dalam Dun Terengganu), saya cuma perlu menghadap tuanku dan beritahu bahawa 10 orang (Adun BN) sudah tandatangan surat letak jawatan dan minta Dun dibubarkan.
“Kalau bubar Dun dalam keadaan sekarang ini iaitu dengan kes 1MDB dan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kita (BN) boleh kalah. Saya sayang (khuatir) yang itu saja, takut DAP perintah, kalau Pas, PKR tak apa lagi. Sekarang DAP yang berkuasa,” katanya.
Pada Persidangan Dun pada 8 Mac lalu, Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar namun cadangan itu ditolak Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong.
0 comments:
Post a Comment