Thai Siam Cuisine
Home »
» Thai Siam Cuisine
AMIE'S LITTLE KITCHEN
Thai Siam Cuisine
Jalan-jalan cari makan lagi....
Ini cerita 22 Mac 2016, kononnya nak sambut birthday Firdaus tapi tak sempat nak buat sebarang persiapan. Memandangkan kami belum makan tengahari, walaupun sudah lewat pukul 4 petang, kami bawa Firdaus ke IPEAK Business Centre, di Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu. Sejak dibuka, inilah kali pertama kita sampai ke sini. Encik Suami memang dah berkali-kali singgah makan di sini.
Atas saranan kawan-kawan, kami pilih Restoran Thai Siam untuk menjamu selera.
Persekitarannya bersih, lengang dan jauh sedikit dari gangguan debu dan habuk jalan sebab lokasinya agak ke dalam sedikit dari jalan besar.
Pelayan restoran hulurkan senarai menu. Pensil dan borang pesanan disediakan di penjuru setiap meja. Pelanggan kena tulis pesanan masing-masing mengikut kod yang disediakan.
Teruja nak rasa... apa istimewanya masakan Thai di Lahad Datu ni?
Lengang dan santai.... tak ada pelanggan?
Sebenarnya restoran ini penuh sesak pada waktu malam! Itu maklumat yang kita dengar melalui kawan-kawan dan juga kawan-kawan Encik Suami.
Selamat ulang tahun sayang Firdaus!
Kita makan-makan di sini sajalah ya sayang.
Pesanan pertama tiba.
Untuk Firdaus.
Nasi Goreng Cina : RM6.00.
Bismillah....
Minuman pun sampai tak lama kemudian.
Fuad punya Coke Float : RM3.50.
Encik Suami punya Coconut Shake Blended : RM6.90.
Yang di belakang tu Watermelon Fruits Juice, kita punya : RM5.00.
Yang di depannya tu Watermelon + Milk + Lyche : RM6.00.
Tak lama kemudian tibalah satu persatu hidangan yang dipesan. Yang di atas tu Nasi Goreng THAI SIAM. Encik Suami punya. Katanya, sedap. Sepinggan : RM9.90.
Ini Ice Kacang dengan Gula Melaka, kita punya : RM5.00.
Tom Yam Putih Ciangmai saiz sederhana pun sampai : RM15.00
Jom kita kaut isinya masuk dalam mangkuk....
Inilah antara isi Tom Yam Putih Ciangmai tu.
Isinyanya... ada hirisan daging ayam, sotong dan udang serta sayur-sayuran.
Ini Mee Fung Fu.. Fuad punya : RM7.00.
Ini kita punya... Nasi Goreng Kerabu : RM6.00.
Tidak ada rasa daun kesum atau bunga kantan... sebab kita nak yang ada rasa dan aroma itu! Hanya ada hirisan daun limau purut dan serai sahaja, serta bahan-bahan lain. Rasanya... okey.
Terakhir tiba di meja...Nasi Goreng Padprik. Fairuz punya tu : RM7.00.
Tiada dikenakan cukai GST di restoran ini.
Total : RM77.30.
Komen kawan-kawan : Makan di sini sedap tapi tak sempat kenyang... makanan dah licin! He he heeeee..... kita kenyang jew.
Kalau tersesat ke Lahad Datu, singgahlah sini ye :
THAI SIAM CUISINE
Lot Unit Block 5, Lorong I-PEAK 3,
Lot Unit Block 5, Lorong I-PEAK 3,
IPEAK Business Centre,
Jalan Tengah Nipah,
Jalan Tengah Nipah,
Lahad Datu, Sabah.
Malam itu... Firdaus tertidur awal. Tak sempat potong kek. Terima kasih kakak ipar yang sponser kek warna putih tu. Jadi, Firdaus ada dua kek untuk birthdaynya yang ke 3. Mudah-mudahan Firdaus sentiasa sihat.
0 comments:
Post a Comment