AZMIN MASIH BELUM "AKIL BALIGH" RUPANYA!!!
Home »
» AZMIN MASIH BELUM "AKIL BALIGH" RUPANYA!!!
SEMUT HITAM
AZMIN MASIH BELUM "AKIL BALIGH" RUPANYA!!!
Heh! Patut la Si Menteri Besar Selangor tu selalu tunjuk perangai macam budak hingusan je. Rupanya, dia masih belum cukup 'Akil Baligh' lagi. Tapi nafsu mengalahkan Si Ketua Penipu tu.
Sehinggakan Si Khalid Ibrahim meluahkan rasa terkilan terhadap penggantinnya itu yang dianggap tidak matang serta mempunyai unsur dendam ketika persidangan Dewan Negeri Selangor.
Menurut Khalid, setelah melemparkan tuduhan yang tidak berasas ketika membuat ucapan penggulungan minggu lalu, Azmin enggan membenarkan dia untuk menjelaskan tentang perkara sebenar.
“Dalam kenyataan beliau sebelum ini, antara lain beliau mendakwa saya telah menawarkan aset lebihan bernilai RM460 juta secara rahsia kepada Puncak Niaga Sdn Bhd hingga menyebabkan nilai pengambilalihan ekuiti melonjak dari sekitar RM1.5 bilion kepada RM2.01 bilion.“Oleh kerana saya tidak hadir atas faktor kesihatan pada waktu tersebut, saya terus menyatakan kesediaan untuk membantu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) sekiranya mereka mengambil keputusan untuk membuat siasatan kerana rakyat berhak mendapat kebenaran hakiki,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.Sebelum ini, Azmin menggesa agar satu siasatan segera terhadap Khalid dilaksanakan berikut wujudnya dakwaan penawaran aset secara rahsia kepada Puncak Niaga Holdings Sdn Bhd.
Dalam pada itu, Khalid juga turut menafikan bahawa dia tidak pernah sama sekali membuat sebarang tawaran secara rahsia seperti mana yang telah didakwa oleh Si Menteri Besar Selangor tu.
Malah, kata Khalid, tatacara dalam pengambil-alihan Syabas dan Puncak Niaga hanya sekadar melibatkan aset air Syabas manakala aset lain dipulangkan kepada Puncak Niaga Sdn Bhd.
Selain itu, Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut memaklumkan bahawa pendekatan seumpama ini telah dipersetujui sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
Katanya, sebelum tahun 2007, Selangor telah memberi kebenaran kepada Puncak Niaga dan Syabas untuk meneruskan aktiviti perniagaan mereka yang tidak melibatkan industri perkhidmatan air.
“Kerajaan Persekutuan bersetuju agar Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) menyalurkan RM2 bilion kepada Selangor bagi menanggung bayaran pampasan ekuiti kepada keempat-empat syarikat air.“Saya sebenarnya agak curiga dengan semua kenyataan dan tindak-tanduk beliau (Azmin) yang dilihat menjurus kepada cubaan mencari justifikasi untuk membayar pampasan lebih tinggi kepada Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) iaitu satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil untuk diambil alih oleh Kerajaan Negeri,” katanya.Tambahnya, proses penstrukturan semula industri air Selangor perlu diselesaikan dengan segera pada harga keseluruhan tidak boleh melebihi RM9.65 bilion kerana ia bakal membebankan rakyat.
Apa yang jelas, tindakan Si Azmin tu membuat dakwaan dan tuduhan terhadap Khalid Ibrahim hanya sekadar untuk menutup ke-LEMAH-an dan ke-GAGAL-an dirinya sendiri sebagai seorang Menteri Besar. Dia yang tak reti buat kerja, sekarang nak tuduh orang pulak!!!
0 comments:
Post a Comment