KENAPA "BEBAL" SANGAT DIA NI???

Home » » KENAPA "BEBAL" SANGAT DIA NI???
SEMUT HITAM
KENAPA "BEBAL" SANGAT DIA NI???
Heh! Heran sungguh bila melihat telatah salah seorang penyokong tegar puak Pakatan Haprak ni. Kenapa tiba - tiba je dia nak tonjolkan ke-BEBAL-an dia dihadapan khalayak umum?

Ekoran tindakan beberapa orang pelanggan yang berasak - asak mahu mendapatkan nombor giliran bagi mendapatkan 'Tudung' baru - baru ini membuatkan dia 'Panas Punggung'.

Terus tanpa sebarang usul periksa dan bersikap prejudis, Si Wardina ni tak pasal - pasal je menghukum pemilik 'Tudung' tersebut dengan dakwaan yang bukan - bukan sesuka hati dia je.

Menurut kata Si Wardina, pemilik 'Tudung' tersebut tidak sepatutnya memberi layanan kepada 'peminatnya' seperti 'Haiwan' dan membiarkan mereka berasak - asak sedemikian rupa.
"Saya mengharapkan pemilik butik tudung.... janganlah merendahkan dan melayan pembeli anda seperti kambing atau lembu. Manusia selayaknya dilayan seperti manusia.
"Kalau dah tahu akan ada sale gergasi dan sebagainya.. maka guna lah sistem nombor giliran, daftar online, gunalah emel, text dan bermacam-macam sistem lagi zaman serba canggih ni. Tak pun letak lah staff banyak sikit kawal keadaan. Tidaklah ada apa yang perlu anda banggakan apabila ramai pembeli menjerit dan berhimpit di hadapan kedai anda," kata Wardina.
Hallo!!! Si Wardina ni tau ke tidak apa yang dia cakap? Dia tengok habis ke tidak video tu? Atau dia hanya sekadar tengok separuh dan kemudian buat komen ikut sedap anak tekak dia je?

Sebagai seorang Pelakon, takkan la Si Wardina tu tak pernah dengar perkataan 'Publicity Stunt' untuk melariskan jualan dan menarik perhatian orang ramai terhadap produk mereka?

Dari satu sudut, tindakan pihak tertentu menyebar video tersebut boleh dilihat sebagai satu langkah untuk meraih Publisiti dan menunjukkan seolah - olah orang ramai 'berebut - rebut' nak beli tudung tu.

Benda yang sama jugak selalu dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu. Diorang jual cerita TIPU supaya rakyat terpedaya untuk meraih sokongan Simpati Murahan demi menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri!!! Takkan itu pun Si Wardina tu tak tau!!!
.
Share this article :