(INGAT DANA SAH) Nazir Razak,Adik PM SAHKAN Terima RM29.46 JUTA daripada Najib
Home »
» (INGAT DANA SAH) Nazir Razak,Adik PM SAHKAN Terima RM29.46 JUTA daripada Najib
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
(INGAT DANA SAH) Nazir Razak,Adik PM SAHKAN Terima RM29.46 JUTA daripada Najib
BANGI, Jumaat – Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mengesahkan menerima RM29.46 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk diagihkan kepada ahli-ahli politik Barisan Nasional.
Beliau yang juga adik kepada Najib tampil berkata demikian menerusi akaun Intagramnya hari ini, sebagai menjelaskan kekecohan berikutan laporan The Wall Street Journal baru-baru ini.
“Bagi menguruskan PRU13 saya telah diminta oleh abang/presiden parti untuk segera membantu menyampaikan wang tunai kepada jentera parti,” katanya.
Beliau bagaimanapun percaya dengan niat yang baik bahawa dana berkenaan datang daripada sumber ‘penjanaan dana politik yang sah’.
“Jumlah Keseluruhan telah diedarkan, saya tidak menyimpan walaupun satu sen,” kata Nazir. - ismaweb
0 comments:
Post a Comment