[BUZZE AZAM KATA TIDAK BENAR] Najib kata Tanpa UMNO, MARA akan terkubur

Home » » [BUZZE AZAM KATA TIDAK BENAR] Najib kata Tanpa UMNO, MARA akan terkubur
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[BUZZE AZAM KATA TIDAK BENAR] Najib kata Tanpa UMNO, MARA akan terkubur

"Tanpa UMNO, MARA akan terkubur. Kalau MARA terkubur, Melayu dan bumiputera mungkin akan tersungkur. Sebab itulah walau bagaimanapun keadaan, kita mesti menjaga UMNO.
"Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO. Jangan bersekongkol dengan mereka.
"Kita  kena mempertahankan UMNO, kerana mempertahankan UMNO adalah mempertahankan Melayu dan bumiputera," kata Najib.

"MARA akan terus wujud selagi Umno memerintah negara. Takde Umno takde Mara!" sambil di ikuti oleh tepukan gemuruh pemakan dedak.

Sblm saya mengulas, saya nak buat pengakuan spt berikut:-
Pengajian saya di UKM dulu yg membolehkan saya menjadi Peguam hari ini adalah hasil pinjaman pelajaran Mara.
Kemudian saya meminjam duit Mara lagi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di University Of Salford Manchester.

Tanggungan hutang saya kpd Mara sekarang mencecah RM235,000.00 yang saya bayar serendah RM100.00 sebulan.

Saya pernah memohon menjadi panel Peguam Mara tapi permohonan saya di tolak kerana Mara telah memiliki jumlah peguam panel yg mencukupi.

Ok masa utk saya bidas kenyataan awal di atas yg di ucapkan oleh DS Najib. Saya tak setuju dgn kenyataan beliau.

Mara adalah sebuah badan berkanun yg di perbadankan melalui Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Kalau Umno kalah dlm pru 14 nanti, Mara akan terus wujud kerana Mara bukannya bertaraf "Biro Kebajikan Umno".

Kalau DAP menjadi kerajaan dan nak hapus Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 tu pun bukan semudah mcm Najib menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tempoh hari kerana penubuhan Mara di buat berdasarkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan tiada sebarang pindaan boleh di buat tanpa keizinan Majlis Raja2.

Mara di tubuhkan hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada 7.6.1965. Bolehlah di katakan Umno adalah penggerak utama KEB krn Umno/Perikatan adalah kerajaan persekutuan.

Tetapi Umno yang menubuhkan Mara berkenaan telah di isytiharkan sebagai pertubuhan haram oleh Mahkamah pada 4 Febuari 1988 dan Umno (Baru) di tubuhkan bagi menggantikan Umno yg menubuhkan Mara.

Dulu Mara mampu beri biasiswa kepada semua pelajar Melayu. Sekarang kemampuan Mara memberi biasiswa hanya sekitar 30% sahaja. Yang lain termasuk saya adalah pinjaman yang wajib di bayar balik.

Jadi untuk mengugut org Melayu supaya setia dengan Umno kerana Mara adalah modal politik basi yg tak boleh lagi meruntun jiwa anak muda Melayu gen-Y untuk mengundi Umno.

Tetapi jika pemimpin Umno masih mahu terus berilusi berdasarkan statistik berapa ramai pelajar dan peniaga tajaan Mara dan gegak gempitanya tepukan penonton dlm majlis sambutan ulangtahun Mara semalam, teruskanlah berilusi.

Orang Melayu yang memerlukan Mara jauh lebih ramai bilangannya daripada orang Melayu yg memerlukan Umno.

Terima kasih Mara kerana meminjamkan duit bagi membolehkan saya menjadi Peguam kini.

Terima kasih Umno (asal) krn menubuhkan Mara.

Syukur Alhamdulillah.

Panjang tapi rasanya berbaloi saya taip.

oleh: Buzze Azam
.
Share this article :