MEMANG BETUL FENG SHUI GUAN ENG NI TAK BAIK!!!

Home » » MEMANG BETUL FENG SHUI GUAN ENG NI TAK BAIK!!!
SEMUT HITAM
MEMANG BETUL FENG SHUI GUAN ENG NI TAK BAIK!!!
Ye la!!! Betul la kata Si Teresa Kok tu sebelum ini. Memang isu skandal pembelian rumah Si Guan Eng tu membawa Feng Shui yang tak baik. Tapi, bukan la disebabkan rumah tu sebenarnya.

Sebaliknya, Si Guan Eng tu sendiri yang tada Feng Shui tak baik. Sebab tu semua benda dia buat tak kena belaka. Asyik KANTOI je memanjang. Lepas satu persatu kemaluan dia didedahkan.

Mungkin Si Guan Eng ni kena 'Mandi Bunga' baru elok gamaknya. Kalau tidak, semua benda yang dia buat asyik tak kena belaka. Mungkin dia kena pergi berjumpa dengan Raja Bomoh kot.

Kalau sebelum ini, alasan - alasan yang diberikan oleh Si Guan Eng berhubung isu skandal rumah mewah yang dibeli dibawah harga pasaran tu cukup mudah untuk dipatahkan satu persatu.

Kali ini, serangan yang dibuat terhadap PERDA pulak menjadi satu lagi siri yang cukup memalukan apabila ianya dibidas dan dijawab dengan fakta yang memang tidak dapat dipertikaikan.
BUTTERWORTH – Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini membidas dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu penjualan tanah milik agensi kerajaan itu di Tok Keramat, Juru, di Seberang Perai Selatan (SPS) pada harga di bawah pasaran.

Pengerusinya Datuk Shabudin Yahaya berkata Lim seharusnya melihat isu itu dalam pelbagai aspek dan bukan dengan perbandingan harga semata-mata.

Beliau berkata PERDA bukan sebuah agensi untuk mengaut keuntungan, malah penubuhannya lebih kepada membantu rakyat terutamanya di kawasan luar bandar dengan menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik yang tidak bersandarkan kepada keuntungan.

“Dalam hal ini apabila Lim mengatakan PERDA kerugian lebih kurang RM15 juta, ia adalah satu perkara yang tidak sepatutnya dipertikaikan kerana RM15 juta yang dimaksudkan itu adalah perbandingan perolehan dengan nilai semasa.

“Nilai semasa tanah itu lebih kurang RM16 juta tapi PERDA menjualnya pada harga RM1.42 juta. Kalau dilihat memang ada perbezaan hampir RM15 juta tapi keuntungan itu sebenarnya akan dinikmati bakal pembeli rumah di situ kerana ia akan dijual jauh lebih rendah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shabudin berkata pihaknya menjual tanah berkenaan pada harga RM1.42 juta dengan meletakkan syarat kepada pemaju membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga antara RM42,000 dan RM72,000.


“Oleh itu, perlu difahami nilaian keuntungan RM15 juta yang sepatutnya diperoleh oleh PERDA telah diagihkan kepada 250 bakal pembeli melalui harga jualan rumah yang jauh lebih rendah,” katanya.
Nah! Untuk sekian kalinya, percubaan untuk menutup kemaluan Si Guan Eng tu GAGAL sekali lagi. Jangan kata rumah, bahkan sehingga ke hari ini, tiang Rumah Mampu Milik yang dijanjikan pun masih tak nampak. Yang ada hanya 'Omongan Kosong' je semata - mata!!!
.
Share this article :