Kisah Pemakan Dedak Melaga-lagakan Tun M dengan Raja-Raja Melayu

Home » » Kisah Pemakan Dedak Melaga-lagakan Tun M dengan Raja-Raja Melayu
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
Kisah Pemakan Dedak Melaga-lagakan Tun M dengan Raja-Raja Melayu

Terbaca dalam banyak posting pro DSN berkenaan kekebalan kuasa Raja-Raja Melayu. 

Mereka menyalahkan Tun M sbg org yg bertanggungjawab melucut/menghapuskan/mengurangkan (pelbagai terma yg mereka guna), sedangkan dahulu mereka2 ini yg kuat mempertahankan Tun dari serangan pembangkang.

Mereka melupakan kenyataan bahawa tindakan Tun sebenarnya adalah penyelamat institusi Raja-Raja Melayu yg mula terhakis kerana tindakan segelintir kerabat istana dalam masyarakat sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. 

Maka tindakan Tun adalah bersesuaian dan bertepatan pada ketika itu. 

Seharusnya perkara ini tidak diungkit agar luka lama tidak berdarah kembali yg mana akan ada pihak yg terluka dan mula salah menyalah dimana akan timbul persoalan siapakah yg benar berada di pihak yg betul atau sebaliknya?

Oleh itu, sifat memaafkan dan melupakan haruslah dizahirkan demi mengelak kesalahfahaman generasi baru. 

Mungkin...ya, hanya mungkin, jika Tun tidak bertindak sedemikian memungkinkan institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dihormati ketika ini.

Tindakan Tun ketika ini walaupun kita tidak tahu niatnya di dalam hati, namun apa yg terzahir adalah demi rakyat dan mengekang sikap rakus sesetengah pemimpin kerajaan yg mana rakyat terbanyak merasa tertekan ketika ini. 

Apalah ertinya melaungkan pengukuhan ekonomi tetapi bukan rakyat marhaen yg mendapat manfaatnya tetapi hanya berlegar dikalangan orang kaya. 

Apakah kenaikan nilai ringgit memberi manfaat pada petani dan nelayan? 

Apakah pengukuhan bursa saham memberi nilai yg lebih kepada pekerja yg makan gaji?

KEMANAKAH ARAH KITA RAKYAT MALAYSIA?

- Azmi Murid
.
Share this article :