Aroma Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor.

Home » » Aroma Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor.
AMIE'S LITTLE KITCHEN
Aroma Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor.
Suatu ketika dahulu, kita pernah cerita tentang MENYUSURI KENANGAN DARI PANTAI JERAM KE PANTAI REMIS. Maklumlah, di sinilah kita menghabiskan sebahagian daripada usia remaja dengan menimba ilmu, bermain di gigi air ... mengejar ikan belacak dan mengorek pasir mengutip remis abad yang lalu... abad ke 20!
Kita juga datang ke sini setiap kali pulang bercuti di kampung, tapi belum berkesempatan untuk duduk santai bersama keluarga menikmati hidangan sama ada di Restoran Aroma Ikan Bakar atau sebuah lagi restoran di sebelahnya, Medan Ikan Bakar Pantai Jeram.
Banyak jugalah kita baca tentang peminat seafood yang datang ke Aroma Ikan Bakar. Ada yang sangat berpuas hati dengan rasa dan harga, ada pula yang rasa kecewa dengan layanan yang kurang memuaskan, hidangan yang tidak menepati selera dan macam-macam lagi.

Sebelum itu kita jalan-jalan dulu menyusuri Pantai Jeram dengan anak buah sampailah ke Pantai Remis ...aktiviti yang sudah menjadi kebiasaan setiap kali kita balik kampung. Pada mulanya kita cadang nak bawa Bonda makan malam di Aroma Ikan Bakar. Pada mulanya juga anak buah kita tak mahu datang ke sini, sebab katanya pernah dia datang tapi pesanan yang diminta tidak sampai-sampai.... sehinggalah anak buah kita terpaksa tinggalkan restoran tu... mungkin waktu itu pelanggan terlalu ramai sampai terlupa pesanan anak buah kita tu!

Ini gambar tahun 2014 yang sempat kita tangkap pada waktu siang. Sambung cerita... satu jew yang kita nak makan di sini... kerang bakar! Lama sangat tak makan kerang! Bonda kata sekarang kerang naik harga. Semasa kita ke Pantai Remis sebelah petangnya, gerai kerang bakar yang selalu kita kunjungi tutuplah pulak! Nampaknya, pilihan seterusnya...kenalah ke Aroma Ikan Bakar pada sebelah malamnya.

Kami sampai di sini lebih kurang pukul 8 malam. Ini pun gambar tahun 2014 sama seperti di atas...


Tempat letak kereta pun nampak lengang. Anak buah parking kereta betul-betul di hadapan restoran ini. Tak ramai orang kan... seperti kebiasaan yang ditulis oleh blogger dan peminat seafood ketika berkunjung ke sini.

 Di sinilah tempat untuk memilih hasil laut yang masih segar.

Kita pilih dulu meja tempat makan. Lepas tu kita pergi ke tempat makanan laut. Kita tak pilih apa-apa. Kita cuma nak makan kerang bakar. Sayangnya malam tu tak ada sebijik pun kerang! Yang ada sebungkus kupang. Anak buah pilih ikan, ketam, udang dan sotong. Entah pesan masak apa, kita pun tak tau.... he he heee sebenarnya kita masih letih asyik diangkut ke sana ke mari oleh kawan-kawan di siang hari. Maklumlah... baru buat perjumpaan dengan rakan-rakan sekolah rendah pada hari Sabtunya, kononnya tak puas lagilah sembang-sembang dengan kawan-kawan.

Kita duduk di bahagian dalam restoran tapi taklah masuk ke dalam... kesian Bonda kita nanti kalau kena jalan jauh.

Bila nampak gambar buah-buahan ni terasalah segarnya tekak kalau dapat hirup jus buah... slurrppppp!


 Lengang!

 Tak lama kemudian, mulalah datang pelanggan, semakin lama semakin ramai!

Jus tembikai yang dipesan pun sampai. 1 jug berharga RM15.90. Cukuplah untuk 5 orang. Masalahnya... kita ni kuat minum air buah... entah berapa gelas kita sendiri yang teguk!

 Pesanan pertama pun sampai. Udang Goreng Mentega : RM50.35.

 Pesanan kedua pula menyusul tidak lama kemudian. Sotong Goreng Tepung : RM33.39.

Anak buah pesan 5 mangkuk tom yam tapi yang datang 2 mangkuk. Harga? Itu yang kami konpius! Nanti kita cerita di bawah ehh...

Ketam pun sampai... tak tahulah anak buah suruh masak apa.  RM44.89.

Kami pun mula makan. Ikan bakar belum sampai lagi. Kita tak makan nasi. Kita ratah sotong dengan udang jew..... Ketam? Kita makan telur ketam jew... malas nak pegang ketam pakai dua tangan he he heee... Rasa perut penuh sangat... sebab sebelum tu dah minum bergelas-gelas air tembikai! Tapi... dalam hati tetap berkata : kenapalah tak ada kerang bakar!

 Di pertengahan jalan, datanglah pula ikan mambong nan 2 ekor... RM10.54.

Disusuli dengan sepotong ikan pari bakar dengan harga RM17.73. Agaknya si anak buah terlampau banyak pilih  sampai tak larat nak makan ikan bakar.... Ikan bakar mambong dengan pari tu terpaksa dibungkus sebab tak sempat diusik! Jangan risau dan jangan segan kalau tak habis makan... boleh tapau bawa pulang. Bungkusan memang disediakan. Yang lucunya, si adik pelayan  siap bungkuskan lebihan nasi!

Alhamdulillah....
Tercapai juga hasrat nak bawa Bonda makan-makan di sini. 
Kita tanya Bonda...
Sedap tak?
Bonda kata : Sedap.
Memang kita tengok Bonda sangat berselera meratah isi ketam!
Kita cuma ratah udang dengan sotong saja  tau... Konon nak hirup tom yam, tapi 5 mangkuk yang dipesan, 2 mangkuk saja yang tiba di meja!

Kalau Bonda kata sedap, lain kali kita datang sini lagi yea... Harap lain kali keadaannya sama seperti ini, tidak lama menunggu pesanan!


Harga termasuk GST : RM204.60.
Kita simpan bil, dan bila nak buat paparan.... kita dapati tom yam yang pada mulanya kita pesan 5 mangkuk tapi sampai ke meja hanya 2 mangkuk, sedangkan dalam bil ditulis 4 dengan harga sebanyak RM25.44. 

Malam esoknya, seorang rakan bawa kita ke Pantai Jeram. Dia minta cadangan kita nak makan di mana. Kita kata, semalam dah makan di Aroma Ikan Bakar, apa kata malam ini kita makan di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram pulak. Sayangnya Medan Ikan Bakar tutuplah pulak....
Kami terus menuju ke Aroma Ikan Bakar sekali lagi. Kawan kita nak pilih makanan laut, tapi kita kata  kita nak makan Mee Ladna dengan jus nanas pula. Kawan kita pun order menu yang sama. Harga.... tak tahulah pula sebab kawan yang belenja... ngeeeee!
.
Share this article :