DIPALIT SKANDAL BANGLOW MEWAH, GUAN ENG TUNJUK "ALIM"!!!
Home »
» DIPALIT SKANDAL BANGLOW MEWAH, GUAN ENG TUNJUK "ALIM"!!!
SEMUT HITAM
DIPALIT SKANDAL BANGLOW MEWAH, GUAN ENG TUNJUK "ALIM"!!!
Kah! Kah! Kah!!! Memang lawak betul permainan Politik Longkang Si Guan Eng ni. Nampak sangat yang dia sekarang ni betul - betul tengah terdesak sampai terpaksa cari cara lain nak bersihkan nama dia.
Kalau sebelum ini, alasan demi alasan yang diberikan bagi menutup kemaluan dia yang terdedah akibat tindakan membeli rumah mewahdibawah harga dibawah pasaran tu semuanya KANTOI belaka.
Bahkan ianya bukan setakat tidak menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Tetapi turut membuktikan betapa HIPOKRITnya permainan Politik Retorik Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu.
Dan komen serta sokongan dari rakan - rakan lain dalam DAPigs tu juga jelas tidak membantu. Sebaliknya mereka lebih memburukkan lagi keadaan sehingga terpaksa disuruh DIAM dari berkata - kata.
Maka, dek kerana kebuntuan idea nak mencari jalan untuk melepaskan diri dari terus dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin partinya sendiri, Si Guan Eng tu mula tunjuk yang dia cukup 'Alim'.
Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Si Guan Eng tu mengecam pihak yang mempergunakan nama tuhan demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka semata - mata.
“Merebaknya keganasan akibat salah faham terhadap agama serta menghalalkan keganasan atas nama Tuhan. Ia adalah penyakit sosial yang harus ditangani bersama tanpa merebakkan pula fobia terhadap agama dan jutaan penganutnya yang beramal secara sederhana.“Kita kesal kerana agama seringkali dijadikan punca dan alasan untuk saling berbunuhan. Penyudahnya tafsiran salah terhadap agama akhirnya mengorbankan mereka yang tidak berdosa,” katanya.
Jika sekali pandang, kenyataan yang dibuat oleh Si Guan Eng tu boleh dianggap sebagai satu sindiran kepada PAS yang selama ini menjadikan agama sebagai teras perjuangan parti mereka.
Tapi, kalau kita lihat secara kasar, kenyataan yang dibuat oleh Si Guan Eng tu sebenarnya hanya satu langkah untuk menagih sokongan Simpati Murahan dari kalangan warga Kristian je semata - mata.
Hakikatnya, Si Guan Eng tu kini sedar, skandal yang melibatkan dirinya dalam isu pembelian rumah serta penjualan tanah Taman Manggis tu menyebabkan dia mula dipinggirkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Nak tak nak terpaksa la Si Guan Eng tu tunjuk 'Alim' untuk mendapatkan sokongan Simpati Murahan terhadap dirinya sendiri. Walhal, cara dia menagih sokongan tu pun mempergunakan agama juga.
Begitulah betapa HIPOKRIT-nya Si Guan Eng ni bermain Politik Retorik-nya sendiri. Dia yang mempergunakan agama demi menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri, lagi dia nak tunding jari pada orang. Dasar orang tak sedar diri ni memang payah!!!
0 comments:
Post a Comment