GUAN ENG MULA LARI DARI PIHAK MEDIA!!!
Home »
» GUAN ENG MULA LARI DARI PIHAK MEDIA!!!
SEMUT HITAM
GUAN ENG MULA LARI DARI PIHAK MEDIA!!!
Hah! Apa cerita pulak ni? Bukan ke puak DAPigs tu kata Si Guan Eng ni "Mesra" dengan pihak media yang dijemput datang ke rumah banglow mewah yang dia beli baru - baru ni?
Jadi kenapa hari ini Si Guan Eng tu dilaporkan "Lari" dari berjumpa dengan pihak media dengan alasan kononnya sebab dia nak jumpa dengan orang? Penting sangat ke orang tu?
Mungkin gara - gara dakwaan yang dibuat oleh Si Guan Eng tu baru - baru ini yang membuatkan dia mula 'Melarikan Diri' dari bertembung secara berdepan dengan pihak wartawan kot.
Jika sebelum ini, Si Guan Eng tu cuba nak memutar-belitkkan kenyataan berkaitan dengan harga rumah dengan mendakwa kononnya pihak media telah tersalah dalam membuat laporan.
Kata Si Guan Eng, dia tak pernah menyatakan bahawa dia tidak tahu harga asal rumah mewah yang dibelinya. Tetapi pihak media yang telah tersalah lapor sehingga mengelirukan rakyat.
Maka mungkin atas sebab itu Si Guan Eng tu hari ini dilihat cuba mengelakkan diri dari berjumpa dengan pihak wartawan media untuk menjawab beberapa soalan kontroversi mengenai DAPigs.
Selain isu rumah banglow mewah yang dibeli dibawah harga pasaran itu, DAPigs juga berdepan dengan beberapa isu kepimpinan yang melibatkan kredibiliti pemimpin diperingkat Negeri.
Dan yang terbaru, tindakan ADUN DAPigs Melaka yang hari ini diisytiharkan sebagai Wakil Rakyat Bebas apabila keahliannya dalam parti telah digantung oleh Jawatankuasa CEC DAPigs Pusat.
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi ‘melarikan diri’ dan menimbulkan rasa berang wartawan yang menunggu untuk mendapatkan penjelasannya berhubung pembelian sebuah rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di tanah Taman Manggis.Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu diasak wartawan ketika beliau cuba keluar dari Dewan Rakyat. Beliau bagaimanapun berjalan laju menuju ke keretanya dan memberi alasan ada temujanji lain di luar.
“Saya ada temujanji, sila beri laluan kepada saya,” katanya sambil menuju ke keretanya dan terus beredar dari Parlimen.
Selain isu banglo mewah dan Taman Manggis, wartawan juga ingin mendapatkan maklum balas pemimpin itu mengenai ADUN Duyong dari DAP, Goh Leong San yang diisytihar keluar parti dan diumumkan sebagai wakil rakyat Bebas berkuat kuasa hari ini.
Mungkin Si Guan Eng tu tengah serabut kepala lutut memikirkan cara bagaimana dia nak melepaskan diri dari skandal pembelian rumah banglow mewah murah yang melibatkan diri dia. Jadi, macam mana dia nak jawab soalan wartawan mengenai isu krisis DAPigs pulak!!!
0 comments:
Post a Comment