KESIAN! GUAN ENG JADI MANGSA MAINAN MEDIA!!!

Home » » KESIAN! GUAN ENG JADI MANGSA MAINAN MEDIA!!!
SEMUT HITAM
KESIAN! GUAN ENG JADI MANGSA MAINAN MEDIA!!!
Wow!!! Inilah yang selalu kita bagi nasihat dan peringatan kepada rakyat agar jangan cepat sangat buat kesimpulan sebelum siasatan selesai dijalankan oleh pihak berkuasa. Takut jadi fitnah.

Kan dah tak pasal - pasal je Si Guan Eng ni menjadi mangsa penyebaran cerita fitnah mereka yang tak bertanggungjawab dan menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang tu benda yang bukan - bukan.

Kalau sebelum ini, kecoh dalam laman media sosial mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Si Guan Eng berhubung isu harga rumah mewah yang telah dibeli dibawah harga pasaran tu.
Ternyata seperti mana yang diperkatakan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu selama hari ini, semua itu hanya sekadar mainan Politik mereka semata - mata. Kenyataan yang dibuat tu tak tepat.

Kalau difikirkan dari segi logik sekali pun, tak mustahil seorang Ketua Menteri yang berwibawa seperti Si Guan Eng tu boleh tak tahu harga rumah yang dibeli mengikut pasaran semasa.

Si Guan Eng tu bukan sahaja seorang Ketua Menteri, bahkan dia juga pegang jawatan sebagai Pengerusi Hal Ehwal Kewangan Negeri. Mana mungkin dia tak tau harga sebenar dipasaran.

Dan hari ini, Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu tampil membuat kenyataan media bahawa dia sebenarnya tau harga sebenar rumah banglow mewah yang telah dia beli sebelum ini.

Maka dengan kenyataan yang dikeluarkan itu membuktikan bahawa pihak media sebelum ini telah tersalah lapor atau sengaja memutar-belitkan kenyataan yang dibuat sehingga mengelirukan.

Dalam erti kata lainnya, bukan la Si Guan Eng tu tak tau harga sebenar rumah yang dibeli dibawah harga pasaran. Tapi, Si Guan Eng tu sebenarnya telah menjadi mangsa manipulasi media. 

Setidak - tidaknya, itu la alasan yang boleh puak - puak Pakatan Haprak tu boleh berikan kepada Macai diorang. Sebab Pencacai Pakatan Haprak tu hanya boleh terima alasan sedemikian rupa kerana otak diorang semuanya atas terletak di Kepala Lutut belaka!!!
.
Share this article :