Asam Pedas Sedap Atok Sungai Sembilang Klasik Enterprise

Home » » Asam Pedas Sedap Atok Sungai Sembilang Klasik Enterprise
AMIE'S LITTLE KITCHEN
Asam Pedas Sedap Atok Sungai Sembilang Klasik Enterprise
Petang itu....14/3/2016.
Belum makan tengahari. Perut pun mula keroncong. Apa tidaknya.... dah pukul 3.30 petang!
Ke sana ke mari anak buah bawa kita cari cendol di serata kampung, tapi tak jumpa! Terakhir...warung di hadapan SKDML... cendol habis!
Kami pun terus membelah jalan raya kampung melepasi Bukit Kucing mengikut jalan tali air terus ke Sungai Buluh, Jeram. Tiba-tiba Yan hantar mesej... tepatpukul 3.45 petang.
Dah makan?
(Kita belum sempat jawab, Yan dah sambung mesej).
Kalau belum, pi kedas asam pedas.
Kita jawab: Belum...ok.
Yan sambung : Dekat dgn kolam pancing sg sembilang.
Kita balas : ok
Yan sambung lagi : Sebelum petronas sg sembilang.
Belok kanan.
Berdepan dengan kolam pancing.
Asam pedas warisan.
Anak buah pun belok ke kanan masuk ke jalan pantai Jeram. Hmmm... kami ni datang dari arah Kuala Selangor ye. Yang datang dari arah Klang, tentulah selepas jumpa petronas, dan belok ke kiri.
Aiikk... mana ada asam pedas warisan? Yang kami jumpa signboard Asam Pedas Atok. Depan kolam pancing.
Ahhh... redah ajelah.

Yan kata asam pedas warisan kan.... agaknya warisan atok kot.... gunakan resepi warisan turun-temurun dalam keluarga.

Dari luar, nampaknya konsep makan secara terbuka... dengan gaya santai, duduk bawah pokok sambil menghirup angin pantai. Wah! Ini sudah cukup bagus...

Melangkah masuk ke bahagian dalam, tersedia kerusi meja yang terletak di celah-celah pokok pisang. Ahhhh... nyamannya! Kalau banyak family atau rakan-rakan makan di sini tentu selesa!

Baru saja tarik kerusi, datanglah seorang adik tu... dengan senyum-senyum ramah tanya kami nak pesan apa. Sementara menunggu pesanan tiba, kita jalan-jalan tengok suasana di sekitar. 

Lupalah pulak nama adik yang layan kami tadi, yang dengan peramahnya menerangkan tentang gambar-gambar yang tertera di hadapan kaunter. Empunya kedai makan, En. Mastuki Bin Kileho namanya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kedai makan ini bolehlah klik SANGGUP NAIK HELIKOPTER NIKMATI ASAM PEDAS. Mesti ada sesuatu yang istimewa tentang kedai makan ini kan......

Si adik yang peramah tadi tunjukkan beberapa jenis ikan segar yang boleh dipilih untuk dimasak. Adeeehhh... besarnya ikan dik! Tak apa dik... lain kali kami datang lagi. Kali ini kami pesan saja asam pedas yang ada sebab perut pun dah semakin berkeroncong!

Ini Puan Azimah, isteri kepada tuan punya kedai makan, Encik Mastuki. Terima kasih sebab sudi layan pertanyaan kita... he he hee. Waktu itu Puan Azimah sedang mengasingkan daun limau purut dari tangkainya. Katanya, kalau nak bercakap dengan suaminya, Encik Mastuki....  beliau ada di meja hujung, berbaju biru. Wah! Sukanya hati kita kalau dapat peluang sembang dengan tuan punya kedai! Bila kita toleh ke belakang, nampaknya Encik Mastuki sedang rancak bersembang dengan beberapa orang lelaki. Kita ucap terima kasih pada Puan Azimah.

Sempat jengok ke bahagian dapur. Nampak ringkas tapi kemas dan bersih. Adik-adik pekerja di sini nampak malu-malu pulak... he he heeee.

 Banyak claypot tersusun di dapur. Bekas itulah yang digunakan untuk mengekalkan kepanasan asam pedas yang akan dinikmati pelanggan. Nak tahu lagi tentang kedai makan ini kita belanja maklumat di sini : REZEKI DARIPADA IKAN SEMBILANG.

Makanan yang dipesan pun tiba ke meja tak sampai berapa minit.  Untuk menikmati asam pedas, kami sepakat tak mahu pesan sayur. Haaa... barulah tak ada gangguan... asam pedas aja yang ada dalam mulut! Semuanya pesan minuman air kelapa. Jom buka penutup mangkuk masing-masing....

Tu dia....
Cukup menyelerakan.... lauk asam pedas ikan dengan sepinggan nasi berisi nasi, sepotong telur masin dan beberapa hiris mentimun!

 Anak buah kita pilih asam pedas ikan pari.

Kawan anak buah kita pun pesan asam pedas ikan pari juga... haaa kejap lagi kita nak rasa sepotong... sebab kita suka bahagian ikan pari yang dalam gambar di atas tu.

Ini kita punya... asam pedas ikan sembilang. Ada dua ketul dalam mangkuk ni. Kita hantar gambar kat Yan... Yan kata betullah tu tempatnya!

Jom laaa... apa tunggu lagi... dah pukul 4 petang!
Bismillah...

Anak buah kata, tak yah makan ngan sudu... makan jew ngan tanga, baru puas! Suka hati ekau laaa..

Ni kita punya pinggan... jemput ye.
Ada pun, diringkaskan cerita... ikan sembilang kita tu langsung tak ada bau lumpur! Sedap jew masuk tekak he heee.... Memang puas hatilah dengan hidangan asam pedas di sini, sebab cukup lengkap dengan kacang bendi dan tomato! Pinggan nasi pula ditambah dengan mentimun... pandai kami kan, tak pelu pesan sayur!

Ini pinggan kami...
Kosong.... licin... tinggal kulit telur masin dengan tulang ikan sembilang!
Tiba-tiba anak buah bersuara:
Emak kan suka asam pedas ikan pari (Bonda kita lah tu maksudnya).
Kita sahut: Okey...okey... kita order satu bbungkus untuk mak!
3 set asam pedas dengan satu set asam pedas bungkus siap dengan nasi serta 3 gelas minuman air kelapa berharga RM49.00.

Dalam perjalanan pulang, anak buah kata:
Kenapa selama ni kita tak tahu ada kedai makan asam pedas di sini ye?
Kami bertiga sepakat mengatakan hidangan asam pedas di sini sedap.
Kita tambah:
Kuahnya tak berserabut dengan daun kesum dan bunga kantan. Asam pedas ni gunakan daun limau purut. Rasanya sedang-sedang saja... he he hee tak sempat korek rahsia resepi daripada Puan Azimah, yang katanya berasal dari Melaka!

Bila cerita dengan adik bongsu kita, katanya dia pun selalu singgah situ makan asam pedas, Kalau tengahari, penuh sesak orang makan di situ... mungkin waktu malam pun keadaannya sama.
Syukurlah...
Kami sampai menjelang petang. Tidaklah perlu berebut tempat dan menunggu lama hidangan yang dipesan.

Tahniah untuk En. Mastuki dan Puan Azimah. Moga perniagaan bertambah maju. Terima kasih layanan adik tadi tu... yang peramah dan mesra pelanggan. In shaa Allah... ada rezeki, kami akan datang lagi.
.
Share this article :